KELULUSAN UJIAN KEFAHAMAN ISLAM DAN MORAL SEBAGAI SYARAT KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI POLIS

Berasaskan dari berita yang saya baca semalam, pada pandangan saya, ini ada lah sama sekali salah bukan sahaja dari segi etika peraturan pekerjaan yang tidak sepatutnya meletakkan syarat-syarat keugamaan ke atas mana-mana pekerja (tidak kira ugama apa sekali pun) tetapi juga adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang mana diskriminasi tidak boleh di lakukan didalam perlantikan pekerjaan (dan seterusnya kenaikan kerjaya) berasaskan dasar keugamaan.

Saya tidak sama sekali bertentangan dengan ugama Islam sebagai ugama rasmi negara Malaysia. Tetapi kegunaan kefahaman Islam sebagai syarat kenaikan pangkat adalah tidak munasabah dan bercanggah dengan Perlembagaan dan ini semestinya di mansuhkan dengan serta merta.

Dari segi logik, kefahaman Islam tidak akan sama sekali menjamin ketinggian moral pegawai-pegawai Polis Malaysia. Sekiranya perkara ini benar setentunya tidak akan terdapat langsung kes meliwat di pusat pusat Tahfiz di negara ni oleh mereka yang bertanggung jawab menjaga amanah anak-anak dibawah jagaan mereka, mau pun kes-kes pecah amanah dana Tabung Haji dan duit-duit anak-anak yatim oleh pegawai-pegawai yang di tangkap.

Yang penting adalah pengambilan angota-angota polis dari golongan yang mempunyai karektor dan kebolehan yang bernilai tinggi tidak mengira bangsa atau pun agama. Dan sekemudiannya menyemai ciri-ciri “standard operating procedure” (SOP) yang menentukan disiplin dan sikap yang tinggi dari segi menjalankan tugas mereka sebagai seorang anggota polis. Akhir sekali, pemantaun dari pihak luar yang objektif seperti IPCMC yang di cadangkan akan menjamin ketinggian standard code of conduct pegawai-pegawai polis di Raja Malaysia.

Kita perlu melihat mengapa dan bagaimana negara-negara maju boleh mempunyai integriti kepolisian yang tinggi dan berjaya tanpa unsur-unsur keagamaan di bawa bercampur aduk di dalam SOP mereka walhal negara-negara Islam mempunyai keruntuhan moral kepolisian walaupun konon nya kefahaman Islam menjadi tanjak pentadbiran mereka. Amat lah jelas isu sebenar bukan terdapat kepada kefahaman ugama atau pun “moral” tetapi kepada pemilihan pekerja, disiplin, latihan SOP yang tinggi kualitinya serta pemantaun yang ketat. Kita juga perlu melihat gaji yang diterima oleh anggota-anggota polis dan juga anggota-anggota yang berpakaian seragam adalah berpatutan dan mereka patut merasa bangga apabila mereka memakai pakaian seragam mereka.

Sebagai akhir kata, yang terlebih berat adalah implikasi syarat ini telah melanggar Perlembagaan Persekutuan yang menghalang sebarang diskriminasi dari segi pengambilan pekerjaan ataupun kenaikan pangkat berdasarkan keugamaan seserong rakyat Malaysia. Menjadikan syarat kelulusan pengambilan Kefahaman Islam terhadap kerjaya seseorang pegawai Polis samada pegawai tersebut itu seorang Islam atau bukan Islam adalah suatu pelanggaran undang-undang Perlembagaan Negara.

Syarat ini perlu di mansuhkan dengan serta merta. PDRM adalah pendukung Perlembagaan dan perundangan Negara. Ia semestinya tidak melakukan sesuatu yang sama sekali bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau pun mana mana undang-undang negara.

Oleh itu, saya mengsyorkan kepada pihak PDRM dan juga Menteri yang berkenaan, dengan izin, supaya arahan sebegini dikaji semula demi kepentingan warga PDRM secara keseluruhan supaya objektif untuk melahirkan pegawai yang berintergriti tidak mengabaikan Perlembagaan Persekutuan.

SITI KASIM

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart