TULISAN JAWI – JANGAN KORBANKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK MALAYSIA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK

KENYATAAN MEDIA 

27 Disember 2019

Pendidikan anak-anak Malaysia bukanlah tempat pertaruhan atau pun percaturan politik keugamaan atau etnosentrisme kemelayuan. 

Isu tulisan Jawi ini tidak akan wujud sekiranya ianya tidak di cipta dan di paksa masuk kedalam kurikulum pendidikan nasional oleh elemen-elemen politik dan birokrasi yang mempergunakan sentimen ugama atau pun etnosentrisme Melayu untuk kepentingan tersendiri dan mengaut simpati politik. Ia tiada kena mengena sama sekali untuk kebaikan mau pun kejayaan pendidikan anak-anak Malaysia, samada dari segi pendidikan kebangsaan mau pun venakular. 

Tulisan Jawi adalah bukan isu Bahasa Malaysia mau pun isu yang berkaitan langsung dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan. Tulisan Jawi adalah isu yang tiada beza nya dengan penulisan Sanskrit atau pun tulisan Latin yang telah pupus dari segi pengunaan pengetahuan mahupun pendidikan. Ia tidak sepatut nya mempunyai tempat sebagai subjek kurikulum wajib dari apa segi langsung. Seperti juga penulisan-penulisan berbentuk warisan lama seperti Latin atau pun Sanskrit, tempat paling sesuai adalah sebagai subjek-elektif mengikut keinginan pelajar sendiri. 

Kualiti dan standard Pendidikan Kebangsaan Malaysia telah menurun dengan drastik setelah 30 tahun akibat kesan mempolitikkan pendidikan oleh pihak politik yang berkuasa ke atas sistem pendidikan kebangsaan. Keputusan PISA (Program Penilaian Pelajar Antarabangsa) 2018 dari OECD ( Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan) yang di terbitkan pada Disember 2019 baru-baru ini yang menunjukan kualiti pembelajaran pendidikan Malaysia yang telah jatuh jauh di bawah peringkat purata antarabangsa dari segi pembacaan, matematik dan sains ada lah isu yang sepatut menjadi perbincangan hangat.  Tetapi ini langsung tidak di bincangkan dengan sepatut nya tetapi Jawi menjadi isu hangat pendidikan di Malaysia. Apakah prioriti Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia? Keruntuhan sistem pendidikan anak anak Malaysia atau pun Jawi? Sememang nya ini menunjukan betapa tanggung jawab pendidikan di Malaysia telah diabaikan dan mentaliti pembangunan pembelajaran negara telah di rosakkan di atas kepentingan politik. 

Pihak MAJU menyeru Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Malaysia supaya isu Jawi ini di tutup dengan serta merta.  Ini kerana ia nya tidak perlu wujud langsung melainkan untuk kepentingan politik dan di pergunakan secara sinis yang seterus nya mempecah belahkan masyarakat Malaysia dengan mengunakan emosi perkauman yang tiada langsung hasil positif untuk pendidikan anak anak Malaysia. 

Ini bukan isu bertolak ansur mana mana pihak. Ini adalah isu apakah prioriti Pendidikan Nasional Negara untuk membentuk masyarakat yang berjaya untuk anak-anak kita yang akan menjadikan Malaysia negara yang maju. Jawi bukan lah prioriti dan bukan satu subjek mau pun isu yang sepatut nya menjadi perbincangan langsung di dalam pembentukan pendidikan negara. Telah tiba masanya untuk sistem pendidikan Malaysia di perbincangkan dari segi kepincangan aspek2 penting pembacaan, sains dan matematik bukan Jawi. 

SITI KASIM

Pengasas 

Malaysian Action for Justice and Unity (L) Foundation 

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart