Why Government and Religion Can Never Mix

https://www.bbc.com/news/world-europe-41296714

This is exactly the reason Government and Religion cannot mix and more so why Government should stay out of religion. Religion is about faith and belief in accordance to individual WITHOUT EVIDENCE OR PROOF. Governance is about reasoned analysis by facts and evidence and then implementing solutions for the good of all based on such facts and evidence.

This is why Malaysia is failing and has failed for slowly for 30 yeears. Each year our religious-centric education is producing more and more uncritical thinking citizens and therefore worst government and even worse politicians.

We need a science-centric education and a science-thinking critical analysis mindset in our citizenry.

This is our fight in uniting everyone under MAJU. Get everyone to register and be Supporters of MAJU. Mau seribu daya tak mahu seribu dalih.

This Post Has One Comment

  1. Sejahtera buat semua,

    Saya orang baru disini dan ingin berterimakasih kpd MAJU dan Siti, terutamanya, kerana kembalikan harapan utk melihat Malaysia yg lebih progressif atau sekurang-kurangnya tahu yg masih terdapat sekumpulan rakyat Malaysia yg berusaha kearah itu.

    Isu pengasingan agama dan kerajaan – atau agama dan politik atau sebaliknya – amat sering dibangkitkan terutamanya bila seseorang atau sekumpulan manusia menilai kemajuan sesebuah negara. Kemajuan negara-negara barat setelah mengasingkan gereja dari kerajaan sering dijadikan model utk memajukan sesebuah negara. Malaysia tidak terkecuali dan agama Islam jauh mengatasi agama-agama lain bila dikaitkan dengan perlembagaan, kerajaan dan politik. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan ialah Melayu. Di Malaysia Melayu ialah Islam meskipun Islam tidak semestinya Melayu. Bangsa Melayu mempunyai pengaruh yg besar dlm politik di Malaysia dan status ini akan berterusan buat masa yg panjang. Mahu tak mahu, suka tak suka, setiap rakyat Malaysia kena hadap kenyataan ini.

    Bolehkah pisahkan Islam dengan politik di Malaysia? Mustahil selagi ujudnya bangsa Melayu. Saya bukanlah ahli statistik tetapi dgn hanya membandingkan jumlah murid perempuan tahun 1 di sekolah kebangsaan dekat rumah saya yg berhijab pd tahun 2019 dengan tahun 2000 pun sudah cukup utk mengetahui yg orang Melayu sekarang makin cenderong mengikuti ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah. Dan selebriti-selebriti perempuan berbangsa Melayu, lebih ramai yg berhijab sekarang ini memberikan gambaran yg kadar celik hukum-hakam agama meningkat dikalangan orang Melayu.

    Apa yg saya hendak ketengahkan disini ialah mustahil utk memisahkan Islam dgn Melayu dan Islam dgn politik di Malaysia ini. Islam tidak sama dgn agama-agama lain yg mana penganutnya wajib menjadikan ajaran-ajarannya sebagai budaya hidup atau ‘way of life’ dlm bahasa Inggerisnya. Islam bukan setakat beramal didlm masjid atau ditikar sembahyang. Islam menuntut 100% penyerahan atau ‘total submission’ kpd Tuhan. Seorang Muslim tidak boleh beragama pd satu masa dan pd masa yg lain tinggalkan agamanya. Muslim diwajibkan mengingati Tuhan dan menurut perintah dan laranganNya pd setiap masa.

    Pd masa yg sama saya juga bersimpati dgn saudara senegara saya yg bukan Islam yg ratanya dahagakan kemajuan dan keadilan. Dah hampir 30 tahun saya bergaul dgn mereka, 8 jam setiap hari dan kebanyakkan mereka ini adalah orang yg baik cumanya mereka fobia bila Islam dan politik atau kerajaan dicampur-adukkan. Tak salahkan mereka sbb mereka membuat kesimpulan dr apa yg mereka lihat atau dengar sendiri. Bukan hanya mereka malah orang Melayu sendiri pun naik menyampah dgn contoh yg ditunjukkan oleh kerajaan-kerajaan Islam terutamanya di Asia Barat. Selain kemunduran dan peperangan, apa yg Islam boleh tawarkan kpd Malaysia lebih-lebih lagi rakyatnya yg bukan Islam?

    Percaya kpd Tuhan adalah prinsip pertama Rukun Negara dan ia berkait-rapat dgn prinsip pertama Rukun Iman dlm Islam. Orang yg tidak percaya kpd Tuhan tidak layak menjadi rakyat Malaysia dan bila seseorang mempercayai Tuhan wajib baginya menuruti setiap perintah dan larangan Tuhannya setiap masa. Tuhan adalah entiti yg paling tinggi dialam semesta dan kuasa yg paling kuat. Jika tidak manakan boleh bergelar Tuhan. Dilema seorang Melayu ialah Islam merangkumi semua aspek dlm kehidupannya termasuk juga politik dan kenegaraan. Seseorang Muslim wajib menjadikan perintah Tuhannya mengatasi segalanya. Seorang Muslim yg takut akan Tuhannya (bertakwa) tidak akan membelakangi perintah Tuhannya. Contohnya: Hukuman potong tangan bagi pencuri, Muslim yg bertakwa menerimanya sebagai hukuman yg terbaik dan jika kuasa berada ditangannya dia akan mengguna-pakai hukuman tersebut. Inilah bezanya seorang Muslim dan Muslim yg bertakwa.

    Bagaimana nak selamatkan Malaysia dan menjadikannya progressif? Al-Quran itulah jawapannya. Buatkan orang Melayu mempelajari dan beramal dgn mesej-mesej Al-Quran agar mereka bebas dr pengaruh golongan yg mengambil kesempatan atas kedangkalan orang Melayu ttg isi-kandungan Al-Quran. Berdebatlah dgn orang Melayu -secara baik dan lembut – menggunakan hujah Tuhan mereka sendiri, iaitu ayat-ayat Al- Quran, agar mereka sedar akan kesilapan mereka dan betapa jauh mereka tersasar dr ajaran Al-Quran. Hanya dgn usaha sebegini dpt membetulkan pemikiran orang Melayu dan hala-tuju Malaysia. Satu proses yg panjang dan berliku-liku tetapi berbaloi utk mencuba.

    Sekian.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart